
Satu Dalam Seribu....ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI
Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar
tahun 1917,Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 48 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 48 tahun, menunjukkan betapa beratnya seksaan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.
Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina
Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang
mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.
Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namun beliau
telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada
penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina
Muslimah.
Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan
menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan
panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat
menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.
Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal(pejuang) untuk membangunkan Islam.
Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir.
Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya
umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut
dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu
sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma
ini.
Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada
peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi
pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan
rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.
Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari
kongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka,
membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati
dan pemikiran mereka. Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan
sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang
mengikat teguh sesamanya.
Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan
kembali dengan izin Allah S.W.T dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN
ISLAM. Negara Islam tidak dapat ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali
JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN
UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) satu revolusi yang
dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan
'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah, pendidikan amali untuk
membentuk sikap, tindakan-tindakan dan tingkah laku serta pemikiran
Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam. Beliau menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukkan daulah Islam. Beliau fahami ini daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan.
Sebagaimana firman Allah S.W.T.dalam surah ar-Ra'd:11, yang maksudnya
"Sesunguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka."
Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan
diri itu…. .yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satu
macam ketentuan sunnatul llah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawa
perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dan
tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam ten-tang
Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklah
mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para
sahabat.
Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun Quraanun Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara menyeluruh. Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dilakukan dan seluruh pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam, bukan neraca dunia atau Jahiliyah. Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh Rasulullah S.A.W. dalam Dakwah baginda. Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan keatas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah S.A.W. bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka. Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani. Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukkan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Quran tercerna dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segala tindakan mereka adalah Islam — di lihat sahaja pada diri salah seorang dari mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada diri mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam.
Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia misali yang unggul dalam sejarah peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sifah para sahabat. Lihatiah!! Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair, ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus memeluk Islam
sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui
bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak
akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu
kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya,
demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman
dengan ajaran Muhammad S.A.W. "Aku memilih ajaran Muhammad dari
memilih harta kekayaan". Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan
sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula
bersumpah "Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi
satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap
dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tingalkan Islam, sekali-kali
tidak". Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus'ab ketika syahid di
medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas
tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah
kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya
ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu.
Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan,
dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga
firdaus ganjaranya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh
manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat
yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat
dikembalikan.
Bersambung....Nantikan~



